1. Adakah pihak VirtualNiaga memberi fail PSD design yang dihasilkan
Tidak, kami tidak memberi fail PSD design yang dihasilkan. Sekiranya anda ingin juga fail PSD tersebut, bayaran adalah 2 kali ganda daripada harga pakej. Sebagai contoh, anda ingin file PSD untuk ecover, maka, jumlah yang anda perlu bayar adalah RM60(ecover RM30+ file PSD RM30)
2. Adakah pihak VirtualNiaga menyediakan perkhidmatan membina banner Flash?
Kami tidak menyediakan perhidmatan membina banner Flash
3. Adakah pihak VirtualNiaga menyediakan perkhidmatan menulis surat (salesletter) jualan bagi minisites yang ditempah?
Tidak, kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut namun kami akan mencadangkan kepada anda individu yang mempunyai kepakaran membina surat jualan tersebut.
4. Adakah pihak VirtualNiaga menyediakan perkhidmatan membina blog dan forum?
Tidak, kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut
5. Adakah pihak VirtualNiaga membina sekali borang contact form dan order form?
Tidak, tetapi sekiranya pihak anda tidak mempunyai kepakaran membina borang tersebut, pihak VirtualNiaga akan membinanya dengan cas tambahan dikenakan.
6. Berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu tempahan?
Kesemua pelanggan kami setakat ini menerima draft design dalam tempoh 24-72 jam dan akan menerima file design dalam tempoh beberapa jam selepas anda selesai membuat pembayaran sepenuhnya.
7. Adakah kami perlu membayar deposit tempahan?
Ya, deposit adalah sebanyak 50% daripada harga yang ditawarkan.
8. Bolehkah kami menempah design selain pakej yang ditawarkan oleh pihak VirtualNiaga?
Boleh.
9. Adakah pihak VirtualNiaga akan mengenakan cas tambahan sekiranya imej yang pada awalnya kami bersetuju, kemudian kami ingin menukar kepada imej lain atau ingin tambah design?
Ya, cas tambahan akan dikenakan.
10. Adakah pihak VirtualNiaga ada menyediakan perkhidmatan membina sistem affiliate dan sistem auto downline?
Kami menyediakan pemasangan sistem affiliate. Untuk sistem auto downline, kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut.
11. Saya tiada kepakaran asas teknikal web seperti upload, bina link download, masukkan salesletter, adakah pihak VirtualNiaga menyediakan servis tersebut? Berapa caj dikenakan sekiranya ada disediakan?
Ya, kami ada menyediakan servis seperti di atas. Kami perlu melihat terlebih dahulu salesletter sebelum kami berikan harga perkhidmatan. Tapi, kami hanya lakukan sekali sahaja, bermaksud, sekiranya laman web anda telah kami upload dan selepas itu, anda ingin masukkan maklumat-maklumat baru, anda perlulah membuatnya sendiri atau boleh minta bantuan kami, tetapi caj akan dikenakan. Kami lebih menyarankan kepada pelanggan kami supaya mempelajari perkara asas ini terlebih dahulu kerana ianya amat berguna untuk masa hadapan.

Copyright © www.VirtualNiaga.com. All Rights Reserved | Mazlie Nadzri Solutions (001791455-X)
|