Mempunyai satu laman web minisite jualan yang kelihatan professional dan menarik merupakan salah satu faktor penting untuk menarik pelawat sekaligus membuat pembelian produk yang anda tawarkan.

Pepatah "Content is King" seringkali kita dengar, tetapi kami mahu pastikan yang "Graphic is Queen" kepada pelanggan kami.

Kami di VirtualNiaga.com akan membantu anda menyediakan satu set lengkap grafik untuk  lamab web perniagaan internet anda yang terdiri daripada design laman web minisite, ecover dan juga banner promosi.

Anda hanya perlu serahkan kepada kami sahaja untuk menyiapkannya TANPA perlu anda sendiri melakukannya.

Servis kami kepada anda:

  • Design Laman Web Minisite
  • Design Banner Promosi
  • Design Ecover (bagi produk digital)
  • Pemasangan Sistem Affiliate
  • Design dan Pemasangan Iklan Peel Away Ad

Semua servis ini adalah hanya dalam satu harga sahaja tanpa sebarang caj tambahan atau caj tersembunyi.

Kami amat menekankan design yang berkualiti dan boleh menyampaikan mesej kepada pelawat. Dengan penekanan seperti ini, design yang kami hasilkan mampu menukar pelawat kepada pembeli produk anda.

Kami juga akan meletakkan keyword-keyword yang berkaitan dengan niche minisite anda untuk di index oleh enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing. Jadi, anda tidak perlu bersusah payah memikirkan keyword yang sesuai kerana kami akan lakukan untuk anda dan penting, ianya PERCUMA!

* Penafian : Jangkamasa yang di ambil untuk laman minisite anda diindex oleh enjin carian bergantung juga kepada beberapa faktor lain.

Kami juga akan memudahlan kerja anda dengan memberikan file minisite anda di dalam format HTML. Apa yang anda perlu buat cuma perlu masukkan salesletter, imej dan sebagainya terus ke dalam format HTML yang kami berikan nanti.

Hampir kesemua tempahan pelanggan kami siapkan tidak sampai 72 jam*. Kami sangat dedikasi menyiapkan tempahan pelanggan kami, sesuai dengan slogan kami "Kepantasan Design, Keutamaan Kami"

* Penafian : Bergantung kepada keadaan dan situasi semasa.

Harga yang kami tawarkan antara yang termurah di dalam pasaran Malaysia. Anda bayar murah, tetapi anda dapat hasil design yang berkualiti.

"Paling Cun! Paling Pantas & Paling Berpuas Hati...!!"

Tanpa mahu berceloteh panjang, saya wajibkan anda dapatkan perkhidmatan dari VirtualNiaga ini. Saya yakin 100% anda pasti berpuas hati...!

Dengan kemampuan Mazlie untuk "deliver on time" hanya dalam tempoh beberapa jam secara berterusan tanpa gagal!

Lihatlah minisites saya yang dihasilkan beliau. Tanpa jangkaan saya, Mazlie mampu menghasilkan sesuatu yang unik dan kreatif seperti ini dan ianya adalah di luar bayangan saya selama ini. Dan hasilnya... jualan produk saya mencanak naik berkali ganda!

Tidak keterlaluan saya katakan, VirtualNiaga kini adalah antara designer yang terbaik di Malaysia.

Dengan hasil kerja yang paling cun, paling pantas serta mementingkan kepuasan hati klien pastinya membuatkan ianya hampir sempurna.

Tanyalah kepada kebanyakan pemilik produk digital, siapakah designer yang dianggap mempunyai hasil kerja yang berkualiti dan memuaskan?

Pasti kebanyakannya jawapannya adalah Mazlie Nadzri dari www.virtualniaga.com

Mazlie, 5 bintang untuk anda! Cuma, jangan naikkan harga sehingga ribuan ringgit kerana pasti saya akan terus bersama VirtualNiaga...!

Razif Yusof
www.pengurusankewangan.com

"Speechless!! Tak tahu nak cakap apa. Kelu lidah dibuatnya. Design minisite saya termasuk banner dan ebook cover siap sepenuhnya tidak sampai 24 jam! Ini bukan kali pertama, tapi sudah banyak kali. Jika diberi 10 bintang, saya mahu semua bintang di langit diberikan kepada Mazlie (VirtualNiaga). Gunakan khidmat beliau tanpa ragu."

Mohd Zulfadli (SmartZul)
Usahawan Ebook
www.smartusaha.com

"Kerjasama yang ditonjolkan dalam menyiapkan website saya SUPERB"

Anda mahukan kelainan harga dan pakej? Berhubung terus kepada designernya. Katakan anda ingin redesign website anda, berhubung dan berikan bahan-bahan penting kepada VirtualNiaga.com. Tuan Mazlie pasti memberikan kerjasama yang terbaik dalam menyiapkan tempahan anda.

Saya begitu kagum kesanggupan Tuan Mazlie redesign website saya dan walaupun lewat pagi beliau masih sanggup berhubung dengan saya sekiranya berlaku apa-apa masalah. Syabas saya ucapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada VirtualNiaga.com yang bertungkus lumus menyiapkan tempahan redesign website saya dengan perkhidmatan yang pantas dan berkualiti.

Kepada sesiapa yang tidak mempunyai masa untuk mencipta website dan terikat dengan komitmen lain, saya syorkan kepada anda yang berminat untuk memulakan bisnes di internet tetapi tidak tahu dan tiada masa mencipta website, di sinilah jalan penyelesaiannya.

Saya pasti anda mampu mendapatkan perkhidmatan VirtualNiaga.com kerana harganya berpatutan dan ditambahi lagi kerjasama yang diberikan ‘superb’. Anda pasti berpuas hati. Percayalah.

Saya pasti VirtualNiaga.com terus berkembang dari hasil kerjasama yang diberikan. Saya ucapkan tahniah dan diharapkan lebih banyak pakej-pakej yang lebih menarik daripada VirtualNiaga.com di masa akan datang dan terus maju di arena online biz.

Faizul Noor
www.KPEV2.com

Sebagai seorang penulis iklan saya sedar bahawa iklan yang tidak dibaca sama dengan pembaziran. Sebelum ini saya susah nak cari orang nak buat design untuk saya dan saya memang tak suka orang design sales letter saya.

Pada waktu itu saya fikir design hanya akan menjatuhkan jualan dan bukannya menaikkannya.

Saya sebenarnya silap.

Beberapa bulan lepas Mazlie mengupah saya untuk menulis sales letter untuk beliau. Jumlah pembeli amat ramai. Pada mulanya saya berasa bangga kerana ramai orang membeli tapi selepas saya bertenang dan duduk seketika, saya sedar satu-satunya perbezaan yang membezakan sales letter yang saya tulis berbanding dengan yang lain-lain ialah design Mazlie.

Sales letter yang saya tulis mudah dibaca dan Mazlielah sebenarnya yang menyelamatkan saya. Tanpa design yang hebat daripada beliau, ayat yang saya tulis tidak akan dibaca oleh orang kerana mereka tidak selesa dengan design tersebut.

Saya baru-baru ini pula mengupah beliau untuk membuat design untuk saya dan hasilnya amat-amat mantap. Dengan sedikit perubahan, semuanya amat cantik dan paling penting ialah ianya menyebabkan sales letter mudah dibaca.

Jika anda mahu bahan promosi anda dibaca lebih ramai orang, pilihan terbaik ialah Mazlie. No questions about it. Saya jarang memberi recommendation servis orang dan beliaulah "the go to guy" dalam design minisite untuk saya.

Dan ianya satu penghormatan dapat bekerjasama dengan Mazlie Nadzri. Beliau AMAT cepat dalam kerjanya dan hasilnya tahap profesional. Tidak perlu anda upah orang dari luar negara untuk hasil berkualiti tinggi.

Jangan cari orang lain kalau anda nak pujuk orang beli daripada anda. Harganya amat berpatutan dan tak rugi langsung kalau anda dapatkannya.

Abdul Rahman A. Samad,
www.LaporanMuaz.com

"Rekaan yang diberikan oleh Mazlie sebagai antara yang terbaik pernah saya terima selama ini"

Saya banyak menggunakan perkhidmatan pereka grafik daripada dalam dan luar negara untuk menghasilkan laman web dan produk-produk terbaru saya.

Namun demikian, saya meletakkan perkhidmatan rekaan yang diberikan oleh Mazlie sebagai antara yang terbaik pernah saya terima selama ini. Beliau memberikan rekaan yang amat berkualiti dan ianya disiapkan dalam masa yang amat pantas.

Mazlie juga menjawab sebarang email daripada anda dalam masa yang singkat. Harga yang diberikan untuk perkhidmatan beliau juga amat berpatutan. Saya beranggapan yang Mazlie memberikan harga yang masih jauh terlalu murah jika dibandingkan dengan kualiti grafik dan kepantasan kerja beliau.

Eruwan Gerry Norsen
Pakar Lelongan Online
www.RahsiaRajaLelong.com

Setakat ini, pihak kami hanya menerima pembayaran melalui Maybank2u dan CIMB Clicks untuk bank-bank tempatan dan Paypal untuk luar negara.


Copyright © www.VirtualNiaga.com. All Rights Reserved | Mazlie Nadzri Solutions (001791455-X)