Untitled Document
Untitled Document



Apa Kata Pelanggan Kami ....

"Paling Cun! Paling Pantas & Paling Berpuas Hati...!!"

"Tanpa mahu berceloteh panjang, saya wajibkan anda dapatkan perkhidmatan dari VirtualNiaga ini. Saya yakin 100% anda pasti berpuas hati...!

Dengan kemampuan Mazlie untuk "deliver on time" hanya dalam tempoh beberapa jam secara berterusan tanpa gagal!

Lihatlah minisites saya yang dihasilkan beliau. Tanpa jangkaan saya, Mazlie mampu menghasilkan sesuatu yang unik dan kreatif seperti ini dan ianya adalah di luar bayangan saya selama ini. Dan hasilnya... jualan produk saya mencanak naik berkali ganda!

Tidak keterlaluan saya katakan, VirtualNiaga kini adalah antara designer yang terbaik di Malaysia.

Dengan hasil kerja yang paling cun, paling pantas serta mementingkan kepuasan hati klien pastinya membuatkan ianya hampir sempurna.

Tanyalah kepada kebanyakan pemilik produk digital, siapakah designer yang dianggap mempunyai hasil kerja yang berkualiti dan memuaskan?

Pasti kebanyakannya jawapannya adalah Mazlie Nadzri dari www.virtualniaga.com

Mazlie, 5 bintang untuk anda! Cuma, jangan naikkan harga sehingga ribuan ringgit kerana pasti saya akan terus bersama VirtualNiaga...!"

Razif Yusof
www.pengurusankewangan.com

 

"Jika anda mahu bahan promosi anda dibaca lebih ramai orang, pilihan terbaik
ialah Mazlie dari VirtualNiaga "

Sebagai seorang penulis iklan saya sedar bahawa iklan yang tidak dibaca sama dengan pembaziran. Sebelum ini saya susah nak cari orang nak buat design untuk saya dan saya memang tak suka orang design sales letter saya.

Pada waktu itu saya fikir design hanya akan menjatuhkan jualan dan bukannya menaikkannya.

Saya sebenarnya silap.

Beberapa bulan lepas Mazlie mengupah saya untuk menulis sales letter untuk beliau. Jumlah pembeli amat ramai. Pada mulanya saya berasa bangga kerana ramai orang membeli tapi selepas saya bertenang dan duduk seketika, saya sedar satu-satunya perbezaan yang membezakan sales letter yang saya tulis berbanding dengan yang lain-lain ialah design Mazlie.

Sales letter yang saya tulis mudah dibaca dan Mazlielah sebenarnya yang menyelamatkan saya. Tanpa design yang hebat daripada beliau, ayat yang saya tulis tidak akan dibaca oleh orang kerana mereka tidak selesa dengan design tersebut.

Saya baru-baru ini pula mengupah beliau untuk membuat design untuk saya dan hasilnya amat-amat mantap. Dengan sedikit perubahan, semuanya amat cantik dan paling penting ialah ianya menyebabkan sales letter mudah dibaca.

Jika anda mahu bahan promosi anda dibaca lebih ramai orang, pilihan terbaik ialah Mazlie. No questions about it. Saya jarang memberi recommendation servis orang dan beliaulah "the go to guy" dalam design minisite untuk saya.

Dan ianya satu penghormatan dapat bekerjasama dengan Mazlie Nadzri. Beliau AMAT cepat dalam kerjanya dan hasilnya tahap profesional. Tidak perlu anda upah orang dari luar negara untuk hasil berkualiti tinggi.

Jangan cari orang lain kalau anda nak pujuk orang beli daripada anda. Harganya amat berpatutan dan tak rugi langsung kalau anda dapatkannya.

Abdul Rahman A. Samad,
www.LaporanMuaz.com

 

"Rekaan yang diberikan oleh Mazlie sebagai antara yang terbaik pernah saya terima selama ini"

Saya banyak menggunakan perkhidmatan pereka grafik daripada dalam dan luar negara untuk menghasilkan laman web dan produk-produk terbaru saya.

Namun demikian, saya meletakkan perkhidmatan rekaan yang diberikan oleh Mazlie sebagai antara yang terbaik pernah saya terima selama ini. Beliau memberikan rekaan yang amat berkualiti dan ianya disiapkan dalam masa yang amat pantas.

Mazlie juga menjawab sebarang email daripada anda dalam masa yang singkat. Harga yang diberikan untuk perkhidmatan beliau juga amat berpatutan. Saya beranggapan yang Mazlie memberikan harga yang masih jauh terlalu murah jika dibandingkan dengan kualiti grafik dan kepantasan kerja beliau.

Eruwan Gerry Norsen
Pakar Lelongan Online
www.RahsiaRajaLelong.com

 

"Mereka sanggup untuk melayan apa sahaja keinginan pelanggannya selagi yang termampu"

Satu pakej, Satu harga’, inilah yang sangat menarik perhatian saya untuk mendapatkan khidmat design daripada team virtualniaga.com. Segalanya benar dan dengan perasaan amat berpuas hati dan teruja, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada team virtualniaga.com yang bertungkus lumus menyiapkan tempahan design website saya dengan perkhidmatan yang pantas dan berkualiti.

Mereka sanggup untuk melayan apa sahaja keinginan pelanggannya selagi yang termampu. Kepada newbie atau sesiapa sahaja yang inginkan khidmat design website yang berkualiti tinggi dengan kos berbentuk pakej yang sederhana, saya amat-amat mengesyorkan untuk mendapatkan khidmat daripada team virtualniaga.com kerana segalanya mampu anda miliki dengan bayaran yang berpatutan.

Anda tentu akan tersenyum dan berasa tidak sabar untuk memberitahu website anda kepada rakan-rakan. Anda sudah tidak perlu lagi runsing dan risau untuk membina design website perniagaan anda. Serahkan kepada mereka dan anda boleh meluangkan masa yang ada kepada perkara lain yang lebih produktif.

Kepada team virtualniaga.com saya ucapkan syabas dan teruskan usaha anda memperbanyakkan khidmat design kerana ia akan lebih memantapkan dan memahirkan tugasan anda ke tahap yang lebih baik.

Cuma saya berasa sedikit khuatir, mungkin nanti pada satu ketika mereka akan menaikkan harga dan pada masa itu pula pintu tempahan sentiasa sesak dan penuh. Mungkin pada masa itu, semakin sukar untuk saya menghubungi dan mendapatkan khidmat mereka.

Saya berharap ia tidak akan berlaku kepada team virtualniaga.com. ‘Satu pakej, Satu harga’, memenuhi inspirasi dan merealisasikan kejayaan perniagaan internet anda buat selama-lamanya….

Abd Rahman bin Jamaan
www.panduanhajiumrah.com

 
 

"Saya cadangkan jangan tunggu lama-lama, tempah aje dengan virtualniaga"

Dah lama saya mengimpikan memilki minisite sendiri untuk menjual produk fizikal. Dalam banyak-banyak designer yang menawarkan perkhidmatan membina minisite yang saya hubungi, seorang sahaja yang reply. Itupun setakat berbincang pasal harga saja. Sehinggalah saya mengisi borang tempahan dari website virtualniaga - tak sangka banner promosi yang disediakan memang umphhh!!!

Seperkara lagi saya ingatkan sales letter saya yang buat, rupanya virtualniaga telah siapkan dalam masa 2 hari saja. Dengan banner promosi, sales letter yang membunuh, domain name,hosting dan blog dalam satu pakej tawaran virtualniaga memang berbaloi! Jika anda tiada peluang untuk menghadiri mana-mana bengkel membina website, saya cadangkan jangan tunggu lama-lama, tempah aje dengan virtualniaga.

Yusli bin Mustaffa
penawarsuami.com

 

"Dalam masa 1 malam sahaja, design untuk minisite saya termasuklah banner sudah pun siap!"

Saya amat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan di VirtualNiaga.com. Perkhidmatan mereka sangat professional dan pantas. Dalam masa 1 malam sahaja, design untuk minisite saya termasuklah banner sudah pun siap!

Pakej saya ini beserta penulisan Salesletter, yang juga siap dalam masa beberapa hari. Dan apa yang disediakan oleh mereka, sungguh menakjubkan sehingga saya hampir tiada komen dan tidak perlu penukaran/editing yang banyak. Tempahlah dengan mereka, memang berbaloi. Keep up the good work guys

Pn. Rina Othman
www.setbersalin2u.com

   
 

"Cara kerja yang profesional & Kualiti kerja tahap 'A Class'"

Saya amat kagum dengan kualiti grafik minisite saya yang dihasilkan oleh virtualniaga.com. Grafik yang dihasilkan adalah bermutu tinggi dengan harga yang paling berpatutan dan ianya sememangnya memenuhi ciri-ciri yang digambarkan oleh produk yang saya jual.

Pertama kali saya menghubungi virtualniaga.com, ianya dibalas dengan segera oleh mereka. Dan apa yang paling saya suka, kerja yang dilakukannya sungguh profesional kerana mereka mudah memahami kehendak pelanggan. Kita hanya memberi sedikit maklumat, serta merta mereka boleh faham apa yang kita mahukan.

Dan yang paling penting, servis virtualniaga.com memang pantas. Pakej minisite saya siap dalam masa kurang dari 24 jam.

Bagi saya, Minisite yang kemas dan menarik adalah 1st impression kepada pelawat website kita. Ianya juga akan meningkatkan kebarangkalian yang tinggi untuk menukarkan pelawat kepada pembeli.

Jadi, tidak salah jika saya katakan kita bakal membunuh perniagaan website kita sendiri sebelum kita memulakanya, disebabkan gara-gara menggunakan grafik minisite yang comot. Oleh itu, grafik minisite yang menarik amat penting.

Kepada sesiapa yang mahukan sesuatu yang sempurna untuk grafik minisite anda, saya yakin 100% virtualniaga.com adalah pilihan yang tepat

Khairani Missiri
http://kitforex.com

   
 

"Saya tidak pandai design tapi website lawa"

Saya dah alami pengalaman bila tawaran JV saya ditolak hanya disebabkan design website yang tidak lawa. Nak buat design saya memang tak reti dan yang paling teruk lagi saya hanya tahu sesuatu design tu lawa selepas tengok design tu sendiri. Jadi sebagai solution saya guna khitmat designer. Yang paling best tu saya just cakap "buat je macam mana bro nak buat". Tidak sampai 3 hari website tu dah siap. kalau nak buat sendiri entah berapa lama siap. Tu pun kalau siap.

Thaks kepada mazlie sebab menghasilkan website yang lawa ni dan berpuas hati dengan servis yang ditawarkan. harga pun murah.

5 bintang untuk mazli dan virtual niaga.

Kasimo
www.kasimo69.com

 
 

"Mazlie Nadzri (VirtualNiaga) are recommended designer!"

Saya suka hasil kerja dari mazlie nadzri. Design-design yang dihasilkan oleh beliau memang tidak pernah terfikir oleh saya. Malah banner yang dihasilkan beliau amat menarik sekali. Mazlie Nadzri are recommended designer!"

Ikhlas,
Hafiz
www.beduzbiz.com

 

"Kualiti kerja yang sungguh bermutu dan menarik"

Tahniah!Anda bertuah kerana telah jumpa VirtualNiaga.com.

Anda tidak perlu rungsing lagi tentang minisite produk anda seperti saya satu ketika dahulu. Saya sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh saudara Mazlie selaku designer VN ini. Dia boleh memahami dengan mudah apa yang saya perlukan.

Kualiti kerja yang sungguh bermutu dan menarik. Ramai pelanggan saya yang memuji minisite saya. Kualiti minisite memang penting bagi menarik perhatian pembeli.

Lebih dasyat lagi, saudara Mazlie telah menyiapkan minisite yang saya tempah tak sampai 5jam! Sungguh pantas.

Sudah pasti saya akan menggunakan perkhidmatan VN lagi selepas ini.

Ikhlas,
Richie Ridzuan
www.panduanfba.com

 
 

"Minisite design beliau adalah yang terbaik dan paling murah di internet"

Saya amat kagum dengan kualiti grafik dan minisite yang dihasilkan oleh En. Mazlie.

Beliau adalah seorang designer yang berbakat dan kesungguhan beliau di dalam 'seni' nya terpapar pada hasil kerjanya.

Malah, En. Mazlie juga adalah seorang designer yang jujur - beliau akan berterus terang jika sesuatu elemen pada design bersesuaian atau tidak untuk laman web anda. Beliau tidak akan cuba 'goreng' anda untuk mendapatkan sesuatu yang anda tak ingini atau tak perlu.

Upah yang diminta juga amat berpatutan - tiada 'upah tersorok' dan saya berani kata bahawa minisite design beliau adalah yang terbaik dan paling murah di internet.

Ikhlas,
Galadriel.
www.internetmelayu.com

 

"Design yang pantas, sesi penambahbaikan mengikut 'selera' kita tanpa banyak soal"

Saya dah guna khidmat Virtual Niaga dari single banner, ecover dan pakej minisite dan semuanya memuaskan hati dan yang paling penting ialah bagaimana sentuhan  design VirtualNiaga berjaya menukarkan pengunjung kepada prospek dan pembeli! Apa lagi yang anda mahu?

Design yang pantas, sesi penambahbaikan mengikut 'selera' kita tanpa banyak soal. Cakap saja apa yang anda nak, Virtual Niaga akan buat sampai anda puas hati. Saya sungguh puas hati dan banyak projek akan datang juga saya tak ragu-ragu untuk pilih Virtual Niaga :)

Muaz Hadi
www.tipsptd.com

 

"Kerjasama yang ditonjolkan dalam menyiapkan website
saya SUPERB"

Anda mahukan kelainan harga dan pakej? Berhubung terus kepada designernya. Katakan anda ingin redesign website anda, berhubung dan berikan bahan-bahan penting kepada VirtualNiaga.com. Tuan Mazlie pasti memberikan kerjasama yang terbaik dalam menyiapkan tempahan anda.

Saya begitu kagum kesanggupan Tuan Mazlie redesign website saya dan walaupun lewat pagi beliau masih sanggup berhubung dengan saya sekiranya berlaku apa-apa masalah. Syabas saya ucapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada VirtualNiaga.com yang bertungkus lumus menyiapkan tempahan redesign website saya dengan perkhidmatan yang pantas dan berkualiti.

Kepada sesiapa yang tidak mempunyai masa untuk mencipta website dan terikat dengan komitmen lain, saya syorkan kepada anda yang berminat untuk memulakan bisnes di internet tetapi tidak tahu dan tiada masa mencipta website, di sinilah jalan penyelesaiannya. Saya pasti anda mampu mendapatkan perkhidmatan VirtualNiaga.com kerana harganya berpatutan dan ditambahi lagi kerjasama yang diberikan ‘superb’. Anda pasti berpuas hati. Percayalah.

Saya pasti VirtualNiaga.com terus berkembang dari hasil kerjasama yang diberikan. Saya ucapkan tahniah dan diharapkan lebih banyak pakej-pakej yang lebih menarik daripada VirtualNiaga.com di masa akan datang dan terus maju di arena online biz.

Faizul Noor
www.KPEV2.com

 
 

"Terpantas,Termurah & Menarik"

Memiliki minisite yang professional dan menarik adalah satu perkara wajib untuk menarik lebih banyak jualan.Servis rekaan minisite yang ditawarkan oleh Virtual Niaga adalah salah satu servis yang kerap saya langgan kerana kosnya yang murah dan berpatutan,kepantasannya menyiapkan tempahan dengan tempoh yang superb(yang ini saya amat gemari) serta rekaan yang menarik perhatian pembeli.

Rasanya lebih kurang 10 tempahan minisite telah saya dapatkan daripada Virtual Niaga dan saya berpuas hati dengan kesemua minisite yang telah disiapkan.All the best kepada Virtual Niaga...

Suhairi Shafie & Team Aspirasi Cyber
www.ceo-cyber.com & www.aspirasicyber.com

 
 

Khidmat dari VirtualNiaga sememangnya yang terbaik....!!!

Terus terang saya katakan saya tidak mempunyai pengetahuan asas dalam membangunkan minisite tetapi Bro Mazlie telah membantu saya dari permulaan hinggalah terbinanya PelaburanHartanah.net...sangat pantas khidmatnya sehinggakan saya kadang² segan untuk memintanya untuk mengubah sedikit minisite saya. biasalah ragam pelanggan tetapi Bro Mazlie tetap memberikan khidmat yang terbaik. kali pertama menggunakan khidmatnya membuatkan saya akan berterusan bersama dengan VirtualNiaga

Terima kasih daripada saya,

Erwan Nur Ali
www.PelaburanHartanah.net

Perkhidmatan 24 Jam dari VirtualNiaga

Perkhidmatan rekabentuk laman web dalam masa 24 jam!. Itulah pengalaman saya apabila bekerjasama dengan mereka untuk projek terbaru saya. Perkhidmatan mereka cukup pantas. Malah saya meminta perubahan rekabentuk 5,6 kali, ia disiapkan dalam masa beberapa jam.

Mengikut pengalaman saya sebelum ini, laman web yang saya tempah biasanya siap dalam masa 1 minggu. Dengan perkhidmatan VirtualNiaga.com, laman web saya berjaya disiap dalam masa 24 jam sahaja. Perkhidmatan yang ditawarkan juga sangat profesional.

Tentang harga yang ditawarkan juga berpatutan mengikut kemahuan anda. Mereka ada menyatakan draf pertama mereka akan berikan dalam masa 24 jam. Kurang dari 24 jam saya telah menerima draf yang pertama. Saya meminta 5,6 perubahan sebelum berpuas hati dengan rekabentuk laman web ebook terbaru saya.

Shamsuriyadi
www.shamsuriyadi.com

 


 


Untitled Document
UTAMA HARGA PORTFOLIO JANA WANG HUBUNGI TESTIMONIAL TEMPAHAN Copyright © www.VirtualNiaga.com. All rights reserved