Terma & Syarat

Adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya Pihak Pelanggan VirtualNiaga untuk memahami dan mematuhi segala terma syarat dan penafian yang digariskan di bawah yakni ANTARA VirtualNiaga .Com sebagai penyedia perkhidmatan laman web DAN Pelanggan laman web (pemilik & pentadbir mutlak laman web yang dibekalkan oleh VirtualNiaga .Com). Pengakuan & Persetujuan ke atas Terma Syarat di bawah akan berlangsung dan terikat sebaik sahaja Pihak Pelanggan bersetuju menerima pihak VirtualNiaga .Com sebagai penyedia laman web mereka secara langsung atau tidak langsung.

  1. Faham bahawa KOS Domain dan Hosting adalah dicaj secara tahunan.
  2. Faham bahawa KOS Pakej Pembangunan Laman Web serta harga domain & Hosting adalah berasingan.
  3. Faham bahawa sebarang KOS yang berlaku ANTARA Pihak Server Hosting DAN Pelanggan laman web adalah BUKAN berada dalam tanggungjawab VirtualNiaga.Com. Pihak Pelanggan laman web bertanggungjawab sepenuhnya jika ada sebarang KOS yang dikenakan oleh Pihak Server Hosting, contohnya atas sebab keperluan menaiktaraf ruang hosting dan sebagainya.
  4. Faham bahawa Pelanggan laman web bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku tindakan undang-undang Agama, Bangsa dan Negara yang dikenakan ke atas laman web dan perniagaan mereka.
  5. Faham bahawa VirtualNiaga.Com tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana perniagaan yang dilakukan oleh pihak pelanggan dan pihak ketiga (pihak Server Hosting dan lain-lain). Pihak VirtualNiaga.Com tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku/kesan atas perniagaan yang dilakukan oleh Pelanggan laman web termasuk perniagaan yang dijalankan melalui laman web atau di luar laman web.
  6. Faham bahawa pelanggan dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Pihak VirtualNiaga.Com tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan laman web VirtualNiaga.Com
  7. Faham bahawa jika tuan/puan yang menyerahkan 100% pilihan warna tema kepada kami, dan setelah design telah siap 100% tetapi pihak tuan/puan ingin tukar warna lain, pihak kami berhak untuk kenakan bayaran. Begitu juga jikalau pihak tuan/puan telah menetapkan warna tema dan setelah design siap,tuan/puan mahu tukar kepada warna tema yang lain, kami berhak caj untuk perubahan tersebut.
  8. Faham bahawa pihak VirtualNiaga tidak menyediakan salinan fail PSD melainkan atas permintaan tuan / puan dan caj tambahan akan dikenakan
  9. Faham bahawa sebarang perubahan maklumat design hendaklah dibuat dalam masa 24 jam selepas pihak VirtualNiaga menerima tempahan dan sebelum kerja-kerja design dijalankan.
  10. Faham dan jelas, TIADA JAMINAN PENGEMBALIAN WANG diberikan sebaik sahaja membuat tempahan dan bayaran
  11. License Mimevo sah untuk SATU domain sahaja. Jika domain sudah expired dan sudah kena delete, pelanggan perlu membeli license baru atau membuat tempahan yang baru jika ingin menggunakannya semula kerana tempahan sebelum ini sudah terbatal
  12. Jika pelanggan gagal memberikan maklumat design/tempahan lebih daripada 1 tahun, kemudian pelanggan ingin menyambung semula selepas 1 tahun, pelanggan hendaklah membuat tempahan yang baru kerana tempahan sebelum ini sudah terbatal
  13. Faham bahawa link VirtualNiaga tidak dibenarkan dibuang pada bahagian footer minisite atau di dalam emel sistem Mimevo
  14. Faham bahawa draft design utama akan dihantar dalam tempoh 1-7 hari waktu bekerja selepas bayaran diterima. Tempoh tidak termasuk cuti hari sabtu, ahad dan cuti umum
  15. Faham bahawa jika pelanggan membuat tempahan masukkan salesletter dengan kami, proses masukkan salesletter hanya akan dibuat selepas semua design diluluskan oleh pelanggan. Tempoh siap masukkan salesletter 24-7 jam waktu bekerja
  16. Faham bahawa pelanggan perlu membuat bayaran dalam tempoh 7 hari sebaik sahaja invois ini dihantar kepada pelanggan, selepas 7 hari mana-mana diskaun yang ditawarkan akan terbatal secara automatik dan pelanggan perlu bayar harga asal pakej yang ditempah(invois baru akan dihantar kepada pelanggan)
  17. Faham bahawa VirtualNiaga.Com berhak meminda Terma & Syarat dari masa ke semasa supaya perkhidmatan VirtualNiaga.Com menjadi lebih baik dan terjamin